Preparation to USA

Assalamualaikum and it's not too late to say Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, bulan keberkatan!

Okay for this entry is about stuff to bring and what so not specially made for Sarah, Alin and Mimie
This is based on my experience only and Belle's note. Boleh ubah ikut kesesuaian masing-masing






Luggage (If they allow to bring 2 luggage)

Food




1. Paste Adabi: Nasi goreng Cina, Nasi Goreng Kampung, Tom Yam, Bandung etc

(Ikut kesesuaian sebab kita suka masak guna paste ni, cepat & senang)

2.       Rempah ratus: Rempah ayam, daging, ikan, kurma, serbuk kunyit
(Rempah ratus dekat sana (Pennstate) tak sedap langsung and serbuk kunyit dia rasa tak sama)

3.       Spices & herbs: Jintan manis, jintan putih, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis,
(Benda ni optional and tertakhluk kepada level masakan masing-masing)

4.       Paste sambal (sambal giling) 1-2 pack, cili kering 1-2 pack, belacan, kerisik
(Kalau takut sambal giling dlm plastik ni bocor, boleh bawak cili kering banyak sikit, cili kering Malaysia tak pedas sebab cili kering dekat sana guna cili padi kering dan sgt berpeluh2 tahan pedas kalau makan)

5.       Asam jawa, asam keping, daun limau purut, daun pandan, daun kari
(dikeringkan dahulu sebab nak bagi tahan lama)


6.       Sos cili maggi/life/lingham , Kicap kipas udang/ABC/Jalen
(kepada sesiapa yang sukakan sos cili dan tak boleh hidup tanpa ia, silakan bawa, tapi bila lama-lama kat sana, sos cili dilupakan sebab tomato sos dia sedap! Untuk safety precaution, sila balut botol sos dengan cellotape+tissue in case kalau pecah dlm luggage)


7.       Agar-agar, sagu, pewarna, essen vanila peralatan kuih-muih
(Kepada sesiapa yang rajin buat dessert tu, boleh la bawa benda-benda seperti berikut, lagipon agar-agar 1 paket tu ringan je)

8.       Stock ayam cube knorr, maggi, paste secukup rasa etc

9.       Papadom, keropok ikan, keropok warna-warni

10.   Nasi impit instant 1-2 paket

11.   Serunding ayam+daging

12.   Ikan bilis 1-2 paket, udang kering

13.   Canned food: Sardine etc

14.   Maggi: Ayam, Asam Laksa, Pama

15.   Minuman: Teh wangi, milo 3-in-1, sirap sarsapilla etc


Clothes

1.       Kain telekung 1-2 pasang

2.       Baju t-shirt/blouse/fishtail/peplum 5-7 helai
(Because I could get long sleeve shirt for like $3 only at WalMart, JC Penny, Target and stuff, so better bawa baju sikit, nanti almari tak muat ;p)

3.       Jeans/skirt/palazzo 2-3
(Usually jeans dekat sana kebanyakan skinny or straight, kepada sesiapa yang suka pakai jeans jenama applemints, voir dan sewaktu dengannya, sila bawa banyak sikit and sesiapa yg suka pakai skirt labuh, sila bawa banyak sikit sebab dekat sana susah cari, kalau mini skirt berlambak!)

4.       Long john 1-2 set
(In my personal opinion, long john dekat Universal Travelers is the best! Even though, it’s quite pricey tapi quality cotton dia selesa. Mengikut kesesuaian cuaca winter di Pennstate, pakai long john mmg jarang sangat sebab selalu pakai bubble/winter jacket yg selesa)


5.       Lingerie and stuff: depends
(Kalau ikutkan kita, I would buy dozens of panties and bras dekat Malaysia sebab save cost sikit)


6.       Pajamas 1-2 set

7.       Baju kurung/kebaya/peplum/jovian/rizalman/jubah 2-3 set
(Tertakhluk kepada sesiapa yang suka memakai baju kurung ke kelas, kalau budak-budak Pennstate ni haa suka pakai baju kurung setiap hari jumaat

8.       Jacket/sweater 1-2
(This is for flights sebab dalam airplane sejuk nanti, selimut kecik! Don’t bring any winter clothes sebab dekat US teramat la banyak pilihan, good quality and much cheaper during sales)





9.       Tudung square/paisley/shawl/anak tudung/brooches/inner
(Ikut kesesuaian masing-masing, kalau dekat sana usually kalau pakai striking sangat, omputih suka pandang sikit)

10.   Inner baju/handsocks
(Dekat JC Penny suka jual long sleeve shirt yg agak sesuai dijadikan inner jugak, sgt selesa and I can get that for only $7)

11.   Towel besar and kecil
(Towel besar masuk dlm cargo, towel kecil masuk dalam cabin for the sake nak lap muka nanti dlm toilet)

12.   Kain batik for cultural events or Malaysian night

Stuff

1.       Al-quran+tafsir

2.       Stationary
(Okay this is important: Beli pen favorite banyak-banyak( 5-10 pens) sebab dekat sana pen tak best+gemuk2 susah nak tulis, bawak pencil picit+ubat sebab kat sana takda)

3.       Laptop+charger+adapter
(Laptop letak dalam backpack, charger, adapter letak dalam luggage. Don’t worry dalam flight ada movies best2)

4.       Medical stuff
(For this one, kita minta ubat demam+selsema+batuk+cirit-birit+sakit perut dekat klinik berdekatan, sebabnya kalau sakit2 nanti (insyaAllah tak) boleh terus ja makan ubat2 ni. Dekat US susah nak jumpa panadol and stuff, kalau nak beli ubat kena minta prescription doctor dlu plus mahal)

5.       Tiger balm, minyak gamat, minyak cap kapak, yoko

6.       Contact lens+spek mata
(bagi sesiapa yang pakai tu, boleh la bawa stock selama mungkin nak duk America sebab kat sini nak beli leceh plus mahal)

7.       Bantal busuk! And you're good to go


Stuff dalam hand-luggage 





1.       T-shirt/blouse 1-2
2.       Jeans/seluar 1
3.       Towel kecil
4.       Sweater
5.       Socks
6.       Contact lens solution/spec
7.       Toiletries+perfume (Jangan lebih 100ml each)
8.       Ubat and stuff
9.       Kalau boleh tak usah bawa buku/novel etc sebab dalam flight, tidoq or tengok movies or main game or makan or dengaq music and you have no time to read, if it’s me




What to wear during departure



1. Pakai baju/blouse ikut keselesaan sendiri
2. Lagi sesuai kalau pakai seluar slack (kalau 1st time nak fly ke US) sebab nampak professional sikit
3. But if it's me, I just wear yoga/sweat pants yang ada pocket sebab selesa sikit nak tidoq dalam flight
4. Sweater jangan lupa pakai sebab nanti sejuk


What to expect/experience in KLIA before departure



1. Kalau boleh letak passport, I-20, purse and important stuff that deals with USA arrival inside a small sling bag (travel bag) sebabnya nanti dalam flight that thing will always attach to you
2. Jangan bawa duit more than $10,000 sebab sangat bahaya
3. Come to KLIA at least 3 hours before departure time sebab kalau ada apa-apa tertinggal sempat lagi nak ambil or luggage terlebih berat or nak wrap luggage ke
4. After dah dapat ticket, pegang elok-elok sebab dekat ticket nanti ada stciker yg letak no. luggage, so kalau hilang/luggage tak sampai boleh refer to that number
5. Jangan bawa masuk mineral bottle sewaktu nak masuk gate
6. Ucapkan selamat tinggal/tangkap gambar beramai-ramai dengan family awal-awal, dinasihatkan menangis one day before departure sebab nanti naik flight muka tak merah sangat ;p
7. Kalau naik flight dengan budak JPA/MARA, stay/walk in the group sebab nanti senang kalau ada apa2 problem
8. Lastly, say goodbye to Malaysia and say hello to USA!


I don't think I will ever forget the first time jejak kaki di bumi US, dengan bau baja semua, dengan letih gila, siap salah masuk tempat driver taxi lagi (left-hand drive), sejuk and it's PRICELESS! Sampai sekarang still teringat-ingat. 
So all the best!


3 comments:

nur adibah ahmad shukri said...

Huhu.. what to expect before departure, no. 6!! :D

akitA ymU said...

Betul Diba, kita menangis siap-siap before pi airport tau ;p

Chocolalolita said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment